BERITA:Perkahwinan Tunku Aminah 14 Ogos ini

JOHOR BAHRU 16 Julai – Majlis pernikahan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim pada 14 Ogos ini akan berlangsung penuh istiadat Me­layu dan budaya Istana Johor.

Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah

Walau bagaimanapun, istiadat perkahwinan Tunku Puteri Johor berusia 31 tahun itu dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah, 28, dilakukan secara tertutup di Istana Bukit Serene di sini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat pertuna­ngan akan diadakan pada pukul 10 pagi diikuti istiadat nikah di istana tersebut.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi perkenan untuk Tunku Puteri Johor melangsungkan perkahwinannya.

“Sultan Johor berkenan mewakilkan Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin yang juga Mufti Johor sebagai wali,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini hari ini.

Tunku Tun Aminah Maimunah merupakan puteri tunggal Sultan Johor dan anak kedua daripada enam beradik.

Abdul Rahim berkata, istiadat persandingan pasangan pengantin diraja akan diadakan di Bilik Singahsana Istana Besar Johor Bahru pukul 8 malam pada hari yang sama.

Beliau berkata, satu istiadat meletak kerja dilakukan pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan istiadat perkahwinan diraja itu.

“Majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan pada Khamis 10 Ogos ini di Masjid Pasir Pe­langi bermula pukul 6.30 petang bagi mohon restu Allah terhadap perkahwinan ini,” ujarnya.

Menurut Abdul Rahim, majlis bersiram pula akan diadakan keesokan hari di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar dan pasangan pe­ngantin akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos.

Beliau berkata, Tunku Tun Aminah mendapat pendidikan asas dan rendah di Hilltop Kindergarten, Sekolah Convent serta Sekolah Seri Utama di sini sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Australia International School di Singapura seterusnya di La Salle School of Fashion and Design, juga di Singapura.

Sementara itu, Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Menurut Abdul Rahim, Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajian al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: